Thursday 18 July 2013

bercelaru

kekadang aku rasa fobia untuk jatuh cinta lagi. Pengalaman dikecewakan seakan-akan telah cukup bagiku. Tapi aku tahu Allah sedang merancang yang terbaik untuk masa depan aku. Aku selalu mengingatkan diriku dengan firman Allah dalam surah Al-baqarah:216 "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" sejauh manapun kita menyayangi seseorang, tapi jika Allah mengatakan dia bukan jodoh kita, maka terimalah ia seadanya. Di dalam soal jodoh, jangan letakkan soal rupa paras sebagai perkara utama kerana rupa paras itu tidak kekal. Jika usia tua menjelma, maka kerepot jua. pilihlah pasangan yang memahami dirimu dan boleh menerimamu sedanya. Memetik kata-kata Ustaz Azhar Idrus " dok comey dakpe , buleh tutup lampu". haha. Kata-katanya dalam nada yang begurau begitu bermakna maksudnya. Waakhirul kalam , pilihlah permata yang bersinar dan berharga , bukannya kaca yang bersalut selut lagi kotor. Wallahua'lam