Sunday 24 June 2012

CFS IIUM

assalamualaikum satu barakah daripada Allah ke atas diriku setelah beberapa lama membuat pilihan dimana haru aku melanjutkan pelajaran , akhirnya Allah menjawab segala soalanku . Atas bimbinganNya , aku melanjutkan pelajaran di centre of foundation studies international islamic university di petaling jaya dalam bidang engineering . Aku sangat takut untuk belajar di sini kerana environment kat sini terlalu jauh berbeza dengan cara hidup aku . First impression aku bila aku pertama kali menjejakkan kaki di cfs iium ni , aku berdoa kepada Allah "ya Allah ,kau jauhkanlah aku dari kejutan budaya , berikanlah aku kejayaan dalam setiap bidang yang aku ceburi" . Terasa amat hina diri ini apabila melihat students di cfs iium semuanya cukup dari segi didikan agama , mereka jauh berbeza daripada aku . Mostly, diorang dari sekolah tahfiz , darul quran , sekolah agama , maahad . Sedangkan aku cuma seorang pelajar yang masih terumbang-ambing mencari identiti diri . Aku berharap sangat suatu hari nanti aku akan jadi yang terbaik untuk menjadi pemimpin kepada diri sendiri seterusnya menjadi pemimpin kepada suri dihatiku

No comments:

Post a Comment